Isnin, 27 Jun 2016

Jambori Pengakap Asean ke-5

September 15 - September 20

| 80.00RM
Antara tujuan utama penubuhan Asean ialah untuk membentuk hubungan yang erat antara negara-negara Asean terutamanya dalam bidang social budaya. Ianya boleh direalisasikan dalam kepengakapan yang memang telah terjalin persahabatan dan persaudaraannya yang tidak mengenal batas sempadan.
Kekayaan seni dan budaya pengakap merupakan warisan yang amat berharga, ianya juga mewakili berbagai bangsa dan negara. sehingga boleh berlaku pertukaran seni dan budaya antara ahli-ahli pengakap. Ini bukan sahaja penting untuk ahli pengakap malah mampu memartabatkan seni dan budaya Malaysia dan seterusnya merangsang sektor pelancongan negara. Perlu juga difahami bahawa mengenal seni dan budaya bererti kita mengenal sesuatu bangsa.
Kita berharap aktiviti ini mampu menonjol kemampuan dan peranan pengakap di peringkat global dan boleh memberi kenangan indah dan menyeronokkan dan seterusnya mencapai matlamat visi dan misi Persekutuan Pengakap Malaysia.
Objektif:
Objektif penganjuran Jambori Pengakap ASEAN:
  • Mempromosikan kepelbagaian kebudayaan serta seni warisan.
  • Mewujudkan masyarakat yang cintakan kepada kepelbagaian kebudayaan serta seni warisan.
  • Mendidik generasi muda agar memelihara kepelbagaian kebudayaan serta seni warisan yang mana telah mencorakkan sesuatu negara.
Tema:
“Cultural and Heritage Diversity”
Kepelbagaian Budaya dan Warisan.
Aktiviti:
  • Aktiviti Kebudayaan
  • Permainan Tradisional
  • Persembahan Tradisional
  • Pakaian Tradisional
  • Demonstrasi Makanan Tradisional
  • Kraf tangan
  • Youth Forum
Tarikh:
15th – 20th September 2016 (Khamis – Selasa)
Ketibaan:
Peserta dinasihatkan untuk tiba pada 15 September 2016 (Khamis) dan boleh bertolak balik pada 20 September 2016 (Selasa).
Pastikan Borang Penyertaan dihantar melalui Negeri Masing-Masing sebelum 01 Jun 2016.
Tempat:
Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail (Coordinat: 5⁰23’3”N / 103⁰6’46”E)
Telaga Batin, Kuala Nerus. 21300, Terengganu, Malaysia.
Lokasi ketibaan:
  • Sultan Mahmud’s Airport, Terengganu <TGG>
  • Kuala Terengganu Bus Terminal
  • Atau terus ke Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail
Penyertaan:
  • Ahli Pengakap yang berdaftar : 12 – 17 tahun
  • Pemimpin yang berdaftar
Yuran:
Ahli Pengakap & Pemimpin : RM 80.00/seorang
Nota: Ahli Pengakap Kelana atau Pemimpin boleh memohon untuk menjadi National Service Team (NST) melalui Negeri masing-masing. Hanya calon yang telah dipilih oleh Sekretariat Jambori sahaja yang akan dihubungi.
Yuran termasuk:
  • Kit Jambori (T-Shirt,Sijil, Lencana, Skarf, Woggle, tag nama & lanyard)
  • Aktiviti On-Site.
Insuran:
  • Setiap Kontinjen dikehendaki mempunyai insuran berkelompok.
Alatan yang perlu dibawa:
  • Peserta diingatkan untuk membawa peralatan perkhemahan peribadi termasuk sleeping bag, ubat-ubatan, lampu suluh, pakaian sukan, uniform Pengakap yang lengkap termasuk baju hujan.
Penting:
  • Setiap kontinjen diwajibkan untuk membawa Pakaian Traditional dari Negeri masing-masing , satu jenis kuih tradisional dan bendera Negeri.
Bayaran:
  • Yuran penyertaan hendaklah dibayar sebelum 1 July 2016 ke akaun Majlis Pengakap Negeri Terengganu sepertimana berikut:
Bank: CIMB Bank Berhad
Nombor akaun: 1311 0000 204 109
Alamat bank: CIMB Bank Berhad
No.24 KT Business Center, Padang Hiliran,
21572 Kuala Terengganu,
Terengganu, Malaysia
Tel : 609 631 6013 Fax : 609 631 6564
Bayaran atas nama: Majlis Pengakap Negeri Terengganu
Alamat: Bangunan Pentadbiran,
Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail,
21300 Kuala Terengganu,
Terengganu, Malaysia.
Tel : 609 662 3100, 609 662 3105
Nota: Segala bayaran hendaklah dimaklumkan kepada pihak sekretariat beserta bukti bayaran.
Fax: 609 662 3160

Tiada ulasan:

Catat Ulasan